15/10/2026
ποΈ MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEGAWAI KEHORMAT DAN PEGAWAI BERSEKUTU SERTA PENGANUGERAHAN BINTANG, PINGAT, SIJIL DAN REBEN PERKHIDMATAN APM NEGERI KELANTAN ποΈ
TARIKH: 13 Oktober 2026 (Selasa)
MASA: 0800H β Selesai
TEMPAT: Dewan Tok Janggut, Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Puteh, Kelantan
TAHNIAH DAN SYABAS! ππ
Pejabat Daerah Pertahanan Awam Tumpat merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai , Pegawai Bersekutu dan anggota yang telah menerima penganugerahan bintang, pingat dan reben perkhidmatan sempena majlis tersebut.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Turut hadir ialah YBrs. Lt. Kol. (PA) Mohd Farid bin Ishak, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, khidmat bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para pegawai dan anggota dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada organisasi dan masyarakat.
Semoga penganugerahan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan komitmen demi memperkasakan kesiapsiagaan serta keupayaan APM dalam menghadapi kecemasan dan bencana.
Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah! Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan. π
Sedia, Pantas, Berintegriti!
APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri