DMU Class 61

DMU Class 61 Laman peminat bagi perhidmatan DMU untuk sektor pantai timur Tumpat-Gemas-Tumpat. Info yg diberikan

Pasir Gudang: KTMB dan RAC diarah memperkenalkan perkhidmatan tren penumpang baharu bagi laluan jajaran Pasir Gudang-Kem...
09/05/2025

Pasir Gudang: KTMB dan RAC diarah memperkenalkan perkhidmatan tren penumpang baharu bagi laluan jajaran Pasir Gudang-Kempas Baru dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Untuk makluman, rel bagi laluan sepanjang 40 km itu sudah dinaik taraf dan dalam tempoh tersebut sekurang-kurangnya tiga stesen baru akan dibina bagi perkhidmatan penumpang.

Buat permulaan, tren KTMB sedia ada akan digunakan sebelum perolehan tren baharu dibuat ( tempoh masa hingga tiga tahun).

Sumber : Harian Metro (09/05/2025).................



๐Ÿš†DMU Class 61๐Ÿš†

Kredit Gambar : Pemilik Asal

โ€œSaya amat menghargai usaha KTMB yang mengembalikan perkhidmatan tren ini semula di luar bandar Lipis khususnya singgah ...
23/02/2022

โ€œSaya amat menghargai usaha KTMB yang mengembalikan perkhidmatan tren ini semula di luar bandar Lipis khususnya singgah di stesen Mela berbanding sebelum ini terhenti sejak lebih 20 tahun berikutan selepas siap dibina jalan raya Kerambit ke Kuala Lipis.

โ€œPerkhidmatan semula tren DMU KTMB ini amat signifikan kepada penduduk luar bandar khususnya mereka yang tidak mempunyai kenderaan, warga emas, pelajar ke sekolah malah mereka yang berminat untuk perjalanan secara santai dan selamat ke destinasi pilihan masing-masing,โ€ katanya semalam.

Mereka berterima kasih kepada KTMB dengan perkhidmatan perjalanan dari Lipis ke Gemas kerana ia lebih selesa dan cepat menggunakan perkhidmatan tren tersebut untuk ke destinasi pilihan seperti peluang berbelanja di bandar terdekat, iaitu Jerantut, Lipis dan Gua Musang (Kelantan) pada setiap hari.

Info Asal : Utusan Malaysia
Kredit Gambar : Mohd Safri / KTM Berhad
.............................

๐ŸšจJom Naik DMU, Patuhi SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

LIKE & SHARE : DMU Class 61

Hai semua.. ada tak sapa2 yang join free ride tren DMU Class 61 lalua  baru Gemas - Kuala Lipis - Gemas untuk hari ni? J...
22/02/2022

Hai semua.. ada tak sapa2 yang join free ride tren DMU Class 61 lalua baru Gemas - Kuala Lipis - Gemas untuk hari ni?

Jom kongsi keseronokan anda bersama DMU Class 61 ni yer..

Jadual perjalanan boleh disemak di sini https://bit.ly/3quxiHI

Kredit Gambar : KTM Berhad/PakngahMalik/Wahid Wahid.....................

๐ŸšจJom Naik DMU, Patuhi SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

Fb : ๐Ÿš† DMU Class 61 ๐Ÿš†

๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐“๐ข๐ค๐ž๐ญ ๐ƒ๐Œ๐” ๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐†๐ž๐ฆ๐š๐ฌ - ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ข๐ฉ๐ข๐ฌ Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya Laluan shuttle "rel...
16/02/2022

๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐“๐ข๐ค๐ž๐ญ ๐ƒ๐Œ๐” ๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐†๐ž๐ฆ๐š๐ฌ - ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ข๐ฉ๐ข๐ฌ

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya Laluan shuttle "rel putus" Gemas - Kuala Lipis - Gemas akan bersambung kembali..!!

Terima kasih & tahniah kepada pihak KTM atas pembukaan semula "penghubung desa" di wilayah pantai timur ini.

Jualan tiket perkhidmatan tren Shuttle DMU laluan Gemas - Kuala Lipis telah dibuka dan operasi rasmi akan bermula pada 24 Feb 2022.

Jadual perjalanan boleh disemak di sini https://bit.ly/3quxiHI

Infografik asal : KTM Berhad.....................

๐ŸšจJom Naik DMU, Patuhi SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

Fb : ๐Ÿš† DMU Class 61 ๐Ÿš†

Selamat Tahun Baru 2022 kepada Semua Peminat DMU Class 61..๐Ÿ˜˜โœŒ
01/01/2022

Selamat Tahun Baru 2022 kepada Semua Peminat DMU Class 61..๐Ÿ˜˜โœŒ

Akhirnya, projek "Rehabilitation and upgrading of track" atau projek naiktaraf Landasan Pantai Timur Pakej B berjaya dis...
12/12/2021

Akhirnya, projek "Rehabilitation and upgrading of track" atau projek naiktaraf Landasan Pantai Timur Pakej B berjaya disiapkan oleh pihak Fajarbaru Builder.

Projek yang bermula pada tahun 2016 ini melibatkan landasan yang bermula dari Jerantut, Pahang hingga Ke Gua Musang, Kelantan sejauh 194 kilometer.

Antara kerja-kerja naiktaraf yang telah dibuat adalah menukar sleeper jenis lama (kayu) kepada jenis konkrit UIC 54.

Dengan siapnya projek ini, dicadangkan agar pihak MOT@KTM mempertimbangkan jadual perjalanan baru @ tambahan "servis" kerana tren DMU Class 61 pasti mampu bergerak dengan lebih laju dan lebih cepat sampai ke destinasi. ๐Ÿ˜˜โœŒ๏ธ

Kredit pic : Fajarbaru Builder..............................................

๐ŸšจJom Naik DMU, Patuhi SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

Fb : ๐Ÿš† DMU Class 61 ๐Ÿš†

DMU 08 yang mengalami kerosakan bumper akhirnya diganti dgn bull bar baru hasil kreatif dan inovasi team penyelanggaraan...
02/11/2021

DMU 08 yang mengalami kerosakan bumper akhirnya diganti dgn bull bar baru hasil kreatif dan inovasi team penyelanggaraan DMU Class 61. Terbaik ....๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Kredit Gambar : Pemilik Asal- Ijai
.............................

๐ŸšจJom Naik DMU, Patuhi SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

Like&Share Fb : ๐Ÿš† DMU Class 61 ๐Ÿš†

"TRAIN TO DABONG" BERSAMA DMU CLASS 61 "TRAIN TO DABONGโ€ kini menjadi satu fenomena untuk mereka yang ingin merasai send...
30/10/2021

"TRAIN TO DABONG" BERSAMA DMU CLASS 61

"TRAIN TO DABONGโ€ kini menjadi satu fenomena untuk mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi ke Dabong sehinggakan ianya di sebut dalam bajet 2022.

Dabong merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kuala Krai, Kelantan yang mana keretapi merupakan mod pengangkutan utama untuk ke pekan ini. Kini walaupun jaringan jalan raya telah pun lengkap, perhidmatan keretapi yang dikendalikan oleh pihak KTM Berhad masih lagi diteruskan dan tren baru jenis DMU Class 61 digunakan untuk laluan ini.

Selain daripada tarikan โ€œkeretapiโ€, pekan Dabong yang terletak di pedalaman negeri Kelantan ini juga kaya dengan keindahan alam semulajadi. Sepanjang perjalanan menaiki keretapi, kita akan disajikan dengan keindahan alam yang sinonim dengan gelaran โ€œjungle trainโ€ yang amat pop**ar terutamanya oleh pelancong asing.

Antara lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan ketika berada di Dabong adalah seperti berikut ;

1.Gua Keris
2.Gua Ikan
3.Air Terjung Stong
4.Lata kertas
5.Sungai Kenerong
6.Mercu Tanda Stong

Info ringkas berkaitan setiap lokasi disertakan pada setiap gambar.

Tunggu "part 2" nanti. Kami akan senaraikan lokasi- lokasi yang lebih menarik dan lebih lasak yang boleh diterokai di Dabong..

Kredit Gambar : Pemilik Asal-Train To Dabong/Info Kuala Krai/Dabong.....................

๐ŸšจJom Naik DMU, Patuhi SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

Like & Share Fb: ๐Ÿš† DMU Class 61 ๐Ÿš†

"Train To Dabong" Dari Kuala Lipis Ada tak warga Kuala Lipis yang berminat untuk menikmati pengalaman viral "Train To Da...
23/10/2021

"Train To Dabong" Dari Kuala Lipis

Ada tak warga Kuala Lipis yang berminat untuk menikmati pengalaman viral "Train To Dabong" bersama teman2 atau ahli keluarga? Tapi x pasti bagaimana cara untuk ke sana kan..ok, nanti kite citer.

Untuk ke Dabong sebenarnya ada 3 trip perjalanan tren KTMB dari Stesen Kuala Lipis - Gua Musang - Dobong setiap hari ;

1. Shuttle 50/52 -DMU ๐Ÿš†
Bertolak dari K.Lipis : 3.00 pagi
Bertolak dari GM : 5.20 pagi
Tiba di Dabong : 7.30 pagi

2. Ekspres 26 Timuran ๐Ÿšž
Bertolak dari K.Lipis : 6.01 pagi
Bertolak dari GM : 8.03 pagi
Tiba di Dabong : 9.41 pagi

3. Shuttle 58/60 -DMU ๐Ÿš†
Bertolak dari K.Lipis : 1.40 petang
Bertolak dari GM : 4.00 petang
Tiba di Dabong : 6.05 petang

Untuk p**ang p**a, ada 3 trip perjalanan dari Stesen Dabong - Gua Musang - Kuala Lipis setiap hari ;

1. Shuttle 57/59 -DMU ๐Ÿš†
Bertolak dari Dabong : 6.10 petang
Tiba di Gua Musang : 8.20 malam
Tiba di Kuala Lipis : 10.55 malam

2. Ekspres 27 Timuran ๐Ÿšž
Bertolak dari Dabong : 09.42 malam
Tiba di Gua Musang : 11.26 malam
Tiba di Kuala Lipis : 01.32 pagi

3. Shuttle 51/53 -DMU ๐Ÿš†
Bertolak dari Dabong : 07.40 pagi
Tiba di Gua Musang : 10.05 pagi
Tiba di Kuala Lipis : 12.40 t.hari

Tip menarik yang boleh dicuba ;

1. Paling best jika dapat beli tiket "Ekspess 26 Timuran" untuk ke sana. Kenapa?
- Sebab tren ini merupakan satu2nya tren lokomotif - "Keretapi Sejati" yang masih ada dalam perhidmatan KTMB (Tren warisan terakhir).
- Boleh menikmati maggie rebus atau teh o panas di atas tren yang bergoyang (tren yang masih ada koc cafe/kantin).

2. Untuk p**ang, boleh la cuba DMU Class 61 yang serba baru, canggih lagi senyap.

3. Untuk Shuttle atau DMU dari Kuala Lipis, anda perlu beli 2 tiket yang berasingan iaitu Kuala Lipis - Gua Musang dan Gua Musang - Dabong (begitu jgk masa nak balik/p**ang).
Sebenarnya, hanya 1 tren yang digunakan, tapi 2 No. Tren berbeza digunakan. Untuk memudahkan urusan, boleh tanya di kaunter tiket ktm yer..

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di Dabong.Maklumat lanjut boleh lawati page fb : Train To Dabong.........................

๐ŸšจJom Naik DMU, Patuhi SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

Fb : ๐Ÿš† DMU Class 61 ๐Ÿš†

Lawatan Timb. Menteri Kewangan 1 ke Dabong semalam. Dalam sesi jelajah   ini, beliau telah menaiki DMU Class 61, merasai...
17/10/2021

Lawatan Timb. Menteri Kewangan 1 ke Dabong semalam. Dalam sesi jelajah ini, beliau telah menaiki DMU Class 61, merasai sendiri pengalaman "Train To Dabong" dan melihat sendiri kawasan eco-pelancongan yang ada di Dabong.

Moga2 ada berita gembira yang bakal diumumkan dalam nanti untuk sektor pengangkutan khususnya rel di pantai timur dan juga industri pelancongan negara.

Kredit Gambar : Yb Mohd Shahar Abdullah.........................

๐ŸšจPakat maghi naik dmu belako, jaga SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

Fb : ๐Ÿš† DMU Class 61 ๐Ÿš†

LUAR NEGARA : Tahniah kepada Laos & peminat2 keretapi (railfan) di sana di atas kejayaan ketibaan pertama keretapi laju ...
16/10/2021

LUAR NEGARA : Tahniah kepada Laos & peminat2 keretapi (railfan) di sana di atas kejayaan ketibaan pertama keretapi laju CR200J.๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Tren ini akan digunakan untuk laluan Botenโ€“Vientiane railway atau lebih dikenali sebagai laluan Chinaโ€“Laos railway sepanjang 414 kilometer yang merupakan salah satu projek utama "One Belt One Road" yang diketuai oleh China.

Untuk rekod, keretapi laju CR200J ini adalah buatan CRRC China dan salah satu kilang pemasangan ada di Malaysia iaitu di Batu Gajah, Perak.

Kredit Gambar : Aerolaos.........................

๐ŸšจPakat maghi naik dmu belako, jaga SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

๐Ÿš†DMU Class 61๐Ÿš†

DMU 02 - Kota Bharu akhirnya menjadi DMU Class 61 pertama yang dinodai oleh iklan bergerak.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜œApa pun, semoga dgn iklan...
13/10/2021

DMU 02 - Kota Bharu akhirnya menjadi DMU Class 61 pertama yang dinodai oleh iklan bergerak.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜œ

Apa pun, semoga dgn iklan sebegini mampu membawa p**angan pendapatan kepada pihak operator tren.

Moga2 trip perjalanan "rel putus" Kuala Lipis Gemas dapat dihidupkan semula... ๐Ÿ˜˜

Kredit Gambar : Azizul Ghaffar & Bang Muluk
.........................

๐ŸšจPakat maghi naik dmu belako, jaga SOP & pakai mask..๐Ÿ‘Œ

๐Ÿš†DMU Class 61๐Ÿš†

Address

Tumpat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DMU Class 61 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category