SRITI Al-Jauhar, Kawasan Pontian

SRITI Al-Jauhar, Kawasan Pontian Laman Page Rasmi - SRITI Al-Jauhar | Kawasan Pontian

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam

📢 KEMAS KINI: 20/7/2026💰 Jumlah Diperlukan: RM3,000.00✅ Jumlah Terkumpul: RM980.00📌 Baki Diperlukan: RM2,020.00
20/07/2026

📢 KEMAS KINI: 20/7/2026

💰 Jumlah Diperlukan: RM3,000.00

✅ Jumlah Terkumpul: RM980.00

📌 Baki Diperlukan: RM2,020.00

🌸 JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA 🌸Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada hamba Allah yan...
30/06/2026

🌸 JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA 🌸

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada hamba Allah yang telah mewakafkan Jam Azan untuk kegunaan SRITI AL-JAUHAR PONTIAN.

Semoga wakaf ini menjadi amal jariah yang berterusan, memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah serta menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila seseorang manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya."
(Riwayat Muslim)

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan para pewakaf, melimpahkan rezeki yang diberkati, mengurniakan kesihatan serta membalas dengan ganjaran yang terbaik.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda. Semoga Allah memberkati setiap langkah kebaikan.

🕌 AYUH REBUT PELUANG BERWAKAF 🤲SRITI AL-JAUHAR PONTIAN sedang mencari seorang pewakaf bagi 1 Unit Jam Azan Digital untuk...
26/06/2026

🕌 AYUH REBUT PELUANG BERWAKAF 🤲

SRITI AL-JAUHAR PONTIAN sedang mencari seorang pewakaf bagi 1 Unit Jam Azan Digital untuk kegunaan Dewan SRITI AL-JAUHAR.

Jam azan ini akan digunakan setiap hari bagi membantu warga sekolah mengetahui waktu solat, mengimarahkan dewan dengan laungan azan serta menjadi manfaat berterusan kepada guru, murid dan para pengunjung.

📌 Keperluan: 1 Unit
📌 Status: Masih Diperlukan

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)

✨ Rebutlah peluang beramal jariah melalui sumbangan Jam Azan Digital ini. Semoga setiap kali azan berkumandang dan waktu solat dipaparkan, pahala yang berterusan mengalir kepada pewakaf, insya-Allah.

📞 Sebarang pertanyaan atau hasrat untuk mewakafkan:

En. Hafizul Latep
Pengerusi SRITI Al-Jauhar
📱 013-610 8685

🌿 "Satu Wakaf, Berpanjangan Pahalanya."

Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan dan perkongsian anda.

📢 TARIKH PENTING PEPERIKSAAN 2026Mohon semua ibu bapa mengambil perhatian serta membuat perancangan dan persediaan awal ...
22/06/2026

📢 TARIKH PENTING PEPERIKSAAN 2026

Mohon semua ibu bapa mengambil perhatian serta membuat perancangan dan persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan sepanjang tahun 2026.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. 🤲✨

SRITI Al-Jauhar, Kawasan Pontian
MELAHIRKAN GENERASI SOLEH PINTAR, RABBANI DAN MURABBI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pihak SRITI Al-Jauhar, Kawasan Pontian  merakamkan setinggi-tinggi ucapan ter...
18/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak SRITI Al-Jauhar, Kawasan Pontian merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menyumbangkan wang ringgit bagi menjayakan pembelian 2 buah RAK KASUT untuk kegunaan warga sekolah.

Sumbangan yang diberikan amat besar maknanya dalam membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih tersusun, kemas dan selesa buat para murid. Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya serta dibalas dengan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

📖 Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan. Semoga hubungan baik ini terus berkekalan demi pembangunan pendidikan dan kebajikan anak-anak di SRITI AL-JAUHAR PONTIAN

"Sumbangan Anda, Keselesaan Mereka”🤍

📌 MAKLUMAN CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM 1448Hبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمAssalamualaikum wbt ibu ...
16/06/2026

📌 MAKLUMAN CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM 1448H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

Assalamualaikum wbt ibu bapa yang dikasihi,

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa sempena Awal Muharram 1448H pada hari Rabu, 17 Jun 2026, SRITI Al-Jauhar Pontian akan bercuti pada tarikh tersebut.

Sekolah akan beroperasi semula pada:
Khamis, 18 Jun 2026

Semoga dalam makluman dan perhatian tuan/puan 😊

SRITI AL-JAUHAR MELAHIRKAN GENERASI RABBANI DAN MURABBI

🌸 AYUH BERINFAK UNTUK KESELESAAN ANAK-ANAK SRITI AL-JAUHAR 🌸Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan penuh rend...
09/06/2026

🌸 AYUH BERINFAK UNTUK KESELESAAN ANAK-ANAK SRITI AL-JAUHAR 🌸

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rendah hati, kami membuka peluang kepada para ibu bapa, sahabat SRITI dan orang ramai untuk bersama-sama menyumbang bagi projek penyediaan Rak Kasut SRITI Al-Jauhar.

Setiap hari, anak-anak menggunakan ruang ini untuk belajar dan membina adab serta disiplin. Dengan adanya 2 unit rak kasut jenis pasang di dinding, insya-Allah kawasan sekolah akan menjadi lebih tersusun, kemas dan selesa untuk kegunaan murid.

🎯 Dana diperlukan: RM900.00

Tiada sumbangan yang terlalu kecil di sisi Allah. Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, memberi manfaat kepada generasi yang menuntut ilmu.

💛 “Berinfaqlah untuk jalan ilmu, kerana manfaatnya berpanjangan dan pahalanya terus mengalir, insya-Allah.”

📌 Sumbangan boleh dibuat melalui akaun yang tertera pada poster.
📌 Mohon hantarkan resit sumbangan kepada pihak pengurusan untuk rekod.

Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua. 🤍

PERASMIAN HARI PERTAMA PENGGUNAAN DEWAN BAHARU SRITI AL-JAUHARPONTIAN, 8 Jun - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT...
08/06/2026

PERASMIAN HARI PERTAMA PENGGUNAAN DEWAN BAHARU SRITI AL-JAUHAR

PONTIAN, 8 Jun - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan izin-Nya, hari ini menjadi detik bermakna apabila Dewan Baharu SRITI Al-Jauhar mula digunakan secara rasmi buat kali pertama.

Walaupun dewan ini masih dalam proses naik taraf dan penambahbaikan, pihak pengurusan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa, kondusif dan terbaik demi kebajikan serta pembangunan anak-anak SRITI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh para penginfak, penyumbang, ibu bapa serta semua pihak yang telah bersama-sama menyumbang tenaga, masa dan rezeki dalam merealisasikan pembinaan dewan ini. Setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna dan menjadi saham akhirat yang berterusan, insya-Allah.

Buat murid-murid SRITI Al-Jauhar, manfaatkanlah kemudahan ini dengan sebaiknya dan terus bersemangat menuntut ilmu serta membina akhlak yang baik.

Kepada para guru dan warga SRITI, terima kasih atas pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang tidak pernah putus dalam membangunkan generasi ummah.

Langkah kecil hari ini, insya-Allah menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Address

No.24-1&30-1, Jalan Megah 11, Taman Megah
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 13:00
Sunday 07:30 - 16:30

Telephone

+60129042303

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al-Jauhar, Kawasan Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SRITI Al-Jauhar, Kawasan Pontian:

Shortcuts

Share